Friday, 13 March 2015

PEMERGIAN LIZAL ISWADY BIN AHMAD GHAZALI



Perginya Saudara Wady yang Gigih dan Komited dalam Menjalankan Amanah

Lizal Iswady bin Ahmad Ghazali, berumur 37 tahun meninggal dunia jam 12.42 tengahari Khamis 12 Mac 2015, setelah berada di ICU semenjak beberapa hari. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan.

Beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Guru Besar di SRI Al-Amin Bangi dan kemudiannya sebagai Guru Besar di SRI Al-Amin Nilai. Jawatan terakhir beliau adalah Pengurus SRI Al-Amin Nilai dan sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengarah syarikat Pendidikan Ikram-Musleh (Nilai) Sdn Berhad iaitu syarikat yang mengendalikan SRI Al-Amin Nilai.

Beliau telah menunjukkan komitmen kerja yang sangat tinggi, aktif dalam program-program tarbiah, bersegera dalam amal soleh dan amat perihatin dengan kebajikan sahabat-sahabat.

Walaupun beliau berkelulusan peringkat Sarjana (Masters), tetapi komitmen tinggi beliau terhadap dakwah dan tarbiah telah mendorongnya untuk berkorban demi menyambut keperluan mendesak dalam medan pendidikan bagi mendidik generasi rabani.

Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhoi amal soleh almarhum dan mengurniakannya jannatul firdaus bersama-sama para anbiya, siddiqun, syuhada dan solihun. Sesungguhnya, merekalah sebaik-baik rafiq (teman). Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan
– amiin ya Rabb.

Prof. Dr. Omar bin Yaakob
Pengerusi JK Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia
Sumber: https://www.facebook.com/ikram.malaysia



Perkongsian rakan mengenai arwah:

Rehatlah kamu di sana sahabatku...


Saya masih tidak dapat mengalihkan perhatian saya dari mengingati sahabat saya yang baru meninggal dunia semalam. Kereta yang saya pandu menuju ke tempat kerja pagi tadi sepatutnya mengambil exit Nilai, tetapi disebabkan terlalu asyik mengenangkan peristiwa-peristiwa yang kami lalui bersama; saya terlajak ke Seremban.
Saya juga tidak dapat menulis dengan baik untuk menceritakan betapa sedihnya hati melihat sahabat saya ini pergi dengan begitu cepat dan terkilannya saya kerana sudah beberapa lama tidak bertanya khabar dirinya; walaupun arwah tinggal tidaklah begitu jauh dari kediaman saya.
Hanya mereka yang mengenali susuk tubuh bernama Lizal Iswady bin Ahmad Ghazali menyedari betapa mereka kerugian kehilangannya – soft-spoken, gentle, jujur, ikhlas, tidak pernah marah dan kasihkan sahabatnya melebihi diri sendiri.
Dan hanya foto-foto lama menjadi tatapan pengubat rindu, dan kenangan pahit manis bersama yang tidak mungkin berulang kembali. Al Fatihah..

https://izharhadafi.wordpress.com/2015/03/13/

Thursday, 5 March 2015

TAHNIAH BUAT DI ATAS KEJAYAAN KEPUTUSAN SPM & SPIS 2014

POLISI HIJAU DAN RENDAH KARBON IKRAM



SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memperkenalkan polisi alam sekitarnya iaitu ‘Polisi Hijau Dan Rendah Karbon IKRAM’ yang telah diluluskan dalam Sidang Dewan Perwakilan Nasional (DPN) sesi 2014-2018 kali ke-3 pada 20-21 Disember 2014 yang lalu.
Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Nd Nor, status polisi ini adalah sebagai garis panduan dan galakan kepada ahli-ahli, organisasi dan institusi-institusi IKRAM untuk melaksanakannya.
“IKRAM Pusat, IKRAM Negeri dan Daerah, termasuk Wanita serta institusi-institusi termasuk pejabat-pejabat hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya,” katanya.
Tambahnya, satu perkara yang penting dalam perlaksanaan polisi ini adalah ‘ilmu’ iaitu hendaklah melaksanakan polisi ini bersama ilmu.
“Oleh itu, digalakkan diadakan majlis-majlis penerangan tentang polisi ini agar apa yang kita lakukan bukan sahaja nampak mesra kepada alam sekitar tetapi memang sebenarnya mesra kepada alam sekitar,” ujarnya.
Menurut Nahar, polisi ini adalah sebahagian daripada tuntutan Islam yang menuntut agar kita menjaga bumi kurniaan Allah SWT dan tidak merosakkannya.
Katanya, di peringkat pusat, IKRAM akan mula melaksanakannya di peringkat Ibu Pejabat, insyaa-Allah.
Di bawah dilampirkan Polisi Hijau Dan Rendah Karbon IKRAM.

POLISI HIJAU DAN RENDAH KARBON PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
PENDAHULUAN
Firman Allah SWT dalam Surah Al Anbiya’ ayat 107:
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam”.
Risalah yang dibawa oleh Ar-Rasul SAW merupakan risalah yang membawa rahmah kepada sekalian alam. Syariat ini memberi jaminan kepada perlindungan dan hak kepada semua makhluk untuk hidup dengan sejahtera di muka bumi ini. Manusia perlu sedar bahawa mereka adalah sebahagian daripada alam ini, yang memerlukan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab terhadapnya dan bukan hanya menikmati dan mengeksploitasi segala sumber alam yang diamanahkan itu. Manusia juga perlu disedarkan untuk mengambil tanggungjawab dalam mengubah gaya hidup mereka dan melakukan perubahan yang besar bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada alam ini.
Allah SWT menegaskan di dalam surah  Al-Qasas, ayat 77:
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan "
Nikmat alam dengan segala sumber semulajadi dan kepelbagaian ekosistem ciptaan Allah SWT untuk kelangsungan hidup manusia dan spesis lain yang terdapat di muka bumi ini sememangnya merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Namun demikian, penggunaan sumber alam tanpa kawalan dengan boros dan tamak serta tindakan mengeksploitasi sumber yang ada akan mengakibatkan kehilangan kekal kepada sumber alam ini dan ianya tidak dapat diganti. Tindakan ini akan akhirnya menjejaskan kualiti kehidupan manusia secara keseluruhan terutamanya kepada generasi akan datang.
Allah SWT mengingatkan kita akan akibatnya dalam Surah Al A’raf, ayat 56:
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
Abad ini juga kita telah menyaksikan berlakunya berbagai kejadian bencana, kerosakan dan kemusnahan terhadap alam sekitar akibat dari perbuatan manusia yang merosakkan alam sekitar melalui gaya hidup yang tidak seimbang dan berlebih-lebihan yang hanya mementingkan keuntungan jangka masa pendek semata-mata tanpa mengambil kira interaksi perbuatan mereka dan impaknya kepada alam sekitar.
Deklarasi unggul Allah SWT kepada tanggungjawab memelihara sumber alam dan persekitaran sedia ada dan kegagalan melaksanakan amanah ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 41:
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan."
Menyedari hakikat ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai sebuah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan perlu memainkan peranan  memelihara dan mentadbir alam ciptaan Tuhan ini dengan penuh tanggungjawab. Sebagai sebuah gerakan Islam, IKRAM perlu menunjukkan sifat pro-aktif dan memiliki tahap kepedulian yang tinggi terhadap isu-isu pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar. Selaras dengan itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia, menggariskan Polisi Hijau dan Rendah Karbon IKRAM yang bertujuan meningkatkan kepedulian alam sekitar untuk dijadikan panduan kepada semua ahli IKRAM dalam menjalankan akitiviti dan amalan kehidupan harian mereka sejajar dengan tuntutan syariat.

POLISI IKRAM TERHADAP KEPEDULIAN ALAM SEKITAR
1.    Setiap ahli IKRAM sebagai individu hendaklah sedaya mungkin mengamalkan amalan gaya hidup hijau dan rendah karbon dalam kehidupan seharian mereka, selaras dengan tuntutan syarak.
2.    Setiap aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM atau mana-mana institusi dan agensi di bawah IKRAM hendaklah mengambil kira dan memberi perhatian kepada langkah-langkah penjagaan alam sekitar dari peringkat perancangannya lagi, bermula dengan pengurangan sisa buangan yang dihasilkan (reduce), menggunakan bahan-bahan yang boleh diguna semula (reused) dan mengitar semula buangan yang terhasil (recycle).
Penggunaan senarai semak seperti di Lampiran 1* dapat membantu dalam usaha ini.
3.    Mengambil langkah-langkah yang praktikal bagi mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra alam sekitar seperti plastik, polisterin dan lain-lain lagi dalam semua aktiviti anjuran IKRAM dan juga dalam setiap pengoperasian pejabat IKRAM, institusi-institusi milik IKRAM dan agensi-agensi berkaitan dengan IKRAM. Setiap pejabat mengadakan program pengasingan sisa buangan untuk tujuan kitar semula dengan menyediakan tong-tong pengasingan sisa.
4. Menjadikan polisi perolehan barangan yang lebih mesra alam (green purchasing policy) dalam setiap pengoperasian pejabat IKRAM, institusi-institusi milik IKRAM dan agensi-agensi berkaitan dengan IKRAM dengan memberi keutamaan kepada perolehan barangan yang lebih mesra alam.
5.    Mengamalkan prinsip penjimatan penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain di setiap operasi pejabat IKRAM dan institusi IKRAM. Penggunaan mentol dan peralatan letrik yang mengandungi ciri penjimatan tenaga, meletakkan suhu penghawa dingin pada suhu tidak kurang dari 24 darjah Celsius dan mereka bentuk penempatan kakitangan bagi memaksimumkan penggunaan cahaya semulajadi adalah antara amalan yang perlu dilaksanakan.
6.    Sentiasa menyebarkan dan menyampaikan mesej penjagaan alam sekitar dan kebersihan kepada para hadirin dalam setiap aktiviti anjuran IKRAM dengan mengingatkan kepada hadirin bahawa memelihara dan menjaga alam sekitar serta komponen-komponen yang ada di dalamnya, merupakan suatu kewajipan yang tergolong sebagai satu ibadah yang dituntut oleh syarak.
7.    Menyediakan modul topik penjagaan dan kepedulian terhadap alam sekitar  dengan menekankan kepada peranan individu itu sendiri, dalam silibus tarbiah, silibus kurikulum di rangkaian sekolah-sekolah MUSLEH dan juga dalam media milik IKRAM.

PENUTUP
Polisi ini adalah terpakai kepada semua ahli IKRAM, pengoperasian pejabat IKRAM di seluruh negara dan aktiviti/program anjuran atau anjuran bersama atau dengan kerjasama IKRAM dan institusi dan agensi-agensi IKRAM.

Rujukan: http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1189:ikram-perkenal-polisi-alam-sekitar&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

Monday, 9 February 2015

KAGUM SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR IKRAM-MUSLEH BERASASKAN PENGHAYATAN

.


9 Februari, KUALA SELANGOR - Pihak delegasi Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam yang turut disertai pegawai Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melahirkan rasa kagum dengan sistem pentaksiran pelajar IKRAM-MUSLEH yang berasaskan penghayatan.

Puan Hajijah Haji Moktal, Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Profesional Jabatan Pengajian Islam berkata, sistem pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH lebih menekankan kepada penghayatan agama di samping penilaian terhadap akademik.

“Itulah sebenarnya yang perlu diberi penekanan dalam pendidikan Islam sebenarnya, penghayatan kepada agama itu,” jelasnya semasa melawat Sekolah Menengah Islam Hira’ pada Rabu 4 Februari lalu di sini.

Tambah beliau, pihaknya selama ini hanya menilai dari segi akademik seperti bagaimana solat dan sebagainya tetapi bukan lebih mendalam hingga merangkumi penghayatan dari segi akhlak. Beliau turut mendapati adanya  sesi pementoran dengan mentee dalam sistem pentaksiran yang dilaksanakan oleh IKRAM-MUSLEH di sekolah-sekolahnya.

“Itulah yang masih belum ada dengan kami, jadi pelaksanaan itu yang ingin kami ketahui macam mana pelaksanaannya,” ujarnya.

Menurut Hajijah lagi, sistem pentaksiran IKRAM-MUSLEH yang terperinci seperti dalam aspek ibadah dan akidah contohnya, banyak membentuk faktor dalaman pelajar dalam aspek spritual dan membentuk peribadi pelajar, sesuai dengan objektif untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah rabbani.

Dengan percambahan idea semasa lawatan ini, pihak Jabatan Pengajian Islam dan rakan strategiknya dari Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Brunei akan bersama-sama merancang untuk menggarap sistem tersebut mengikut kesesuaian budaya dan falsafah pendidikan di Brunei.

Semasa melawat SMI Hira’, beliau berpandangan sekolah tersebut adalah antara sekolah tersusun dan bersistem serta mempunyai persamaan dengan sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam.

Beliau turut mengalu-alukan pihak IKRAM-MUSLEH untuk mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah jabatan tersebut di Brunei di samping mengadakan kerjasama untuk mengadakan pelbagai aktiviti ko-kurikulum seperti pertandingan debat dan sebagainya.

Pegawai Pelajaran Kanan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Brunei, Haji Mohamad Yusuf Haji Tengah yang merupakan ketua delegasi berkata, IKRAM-MUSLEH mempunyai banyak pencapaian dan kejayaan yang diperolehi, bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga bukan akademik (ko-kurikulum) termasuk pencapaian di dalam dan luar negeri.

“Pencapaian IKRAM-MUSLEH ini sangat membanggakan, maka dari itu, pihak jabatan ingin melihat lebih dekat lagi bagaimana IKRAM-MUSLEH ini boleh melahirkan sepertimana yang dihasratkan, iaitu insan rabbani,” jelasnya.

Menurut Pengetua SMI Hira’, Bat Kamaruzzaman Abdul Kadir, pihaknya telah berjaya untuk berkongsi dengan delegasi Brunei bagaimana sekolah itu membangunkan pelajar supaya mereka menjadikan sahsiah sebagai satu perkara yang utama dalam kehidupan mereka.
 
Beliau turut berkongsi dengan delegasi tersebut cara pentaksiran dalam aspek ibadah dan juga akidah yang bersifat abstrak dan sukar untuk dinilai ataupun diberikan pemarkahan.

Tambah beliau, SMI Hira’ yang sedang menyambut sambutan 30 tahun penubuhannya, akan turut melaksanakan dua kursus kurikulum baru iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz dan Kurikulum Baru Dini yang menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek agama.

Lagi berita lawatan:

Wednesday, 28 January 2015

MEMBANGUN POTENSI MURID




MEMBANGUN POTENSI MURID

  1. INSAN RABBANI
  2. KARAKTER & SAKHSIAH YANG MULIA (ATTITUDE)
  3. ILMU & KEMAHIRAN (KNOWLEDGE & SKILLS)
  4. KEMAHIRAN MEMIMPIN
  5. KEMAHIRAN SOSIAL
  6. BERSYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIPEROLEHI
  7. JATI DIRI
  8. BERUSAHA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN BERBAKTI (SOLEH WA MUSLEH)




TUGAS UTAMA

1. PENGETUA:
MEMBOLEH GURU-GURU MENGAJAR
CAPASITY BUILDING

2. GURU:
MEMBOLEHKAN MURID-MURID BELAJAR
CHARACTER BUILDING

DALAM PENDDIKAN KITA HARUS LAHIRKAN INSAN BEROTAK & BERWATAK
-DR SIDDIQ FADHIL

Monday, 26 January 2015

MESYUARAT MGBSIM 1 2015

Selamat Datang semua Guru-guru Besar dan Pengetua Sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM-Musleh ke Mesyuarat MGBSIM sesi 1 2015.

Tempat: Penview Hotel, Kuching Sarawak
Tarikh: 27-29 Januari 2015

Aturcara:

27  Jan  2015 (Selasa)
10.00pg     : Pendaftaran/Sarapan

11.30 pg    : Mesyuarat                   
12.30 tgh   : ISOMA dan Check in 
2.30  ptg    : Mesyuarat
4.30  ptg    : Rehat/Aktiviti Santai/ Solat
7.30  mlm  : Perkongsian Pintar KRSM / Pengurusan PRINT
11.00 mlm : Rehat / Tidur


28 Jan 2015  (Rabu)

7.00 pagi    : Sarapan
8.00 pagi    : Kursus Profesionalisma  Guru Besar dan  Pengetua
10.30 pagi  : Rehat
11.30 pagi  : Makan Tengahari

12.00  tgh   : Lawatan Bandar Kuching
1.00 tgh      : ISOMA 
2.00 ptg      : Aktiviti Rekreasi
7.30 mlm    : Makan Malam bersama Ahli Lembaga Al-Amin Kuching

9.30 mlm    : Melawat Waterfront
10.30 mlm  : Rehat/ Tidur


29 Jan 2015 (Khamis)
6.30 pagi    :  Sarapan
8.00 pagi    :  Mesyuarat  Karnival Sukan MGBSIM Kali ke-6
10.00 pagi  :  Minum Pagi
10.30 pagi  :  Melawat SRI Al-Amin Kuching 
11.30 tgh    :  Aktiviti rekreasi

12.30 tgh    :  Makan Tengahari dan bersurai

Pohon peserta-peserta untuk kemaskini maklumat sekolah dicapaian di bawah
[tekan gambar dibawah]


KEMASKINI MAKLUMAT SEKOLAH IKRAM-MUSLEH 2015

PERKONGSIAN KEJAYAAN PENGANJURAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KRS MUSLEH 2014

Oleh: Ust Soleh Sanafi, Pengarah PRINT 2014 (Pengetua SMI Itqan, Pulau Pinang)



PERKONGSIAN PENGALAMAN MENGURUSKAN SEKOLAH YANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR DAN BANTUAN PASCA BANJIR

Oleh: Ust Abdul Rashid Lateh (SRI Aman, Wakaf Bharu)


PROFESIONALISME KEPIMPINAN DALAM KONTEKS TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Oleh: Ust Dr Azhar (Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Sarawak)