Monday 13 July 2015

KUNJUNGAN MAHABBAH DARI SEK MEN SIN MIN KE PPAI

MGBSIM mengucapkan tahniah kepada Pusat Pendidikan Al-Islah kerana hari ini, 14 Julai 2015 (Selasa) telah menerima kunjungan mesra dari Sek Men Sin Min yag diwakili oleh Puan Yeoh Guik See, Timbalan Pengetua, dan Miss Low Qin Rou, Penyelia Kokurikulum sekolah.

Dalam menerima kunjungan ini, SMAI menerima hamper & kad hari raya daripada semua warga pendidikan sekolah berkenaan. Subhanallah sangat tersentuh dengan kesungguhan mereka siap dengan tandatangan setiap daripada guru sekolah mereka. Perkara ini wajar dicontohi terutama Sekolah Rangkaian Ikram Musleh yang perlu menyantuni dan memberi rahmah kepada sekolah dan  masyarakat sekeliling.

SMAI juga dijemput untuk membuat persembahan pada Majlis Persembhn Kebudayaan Cina di sekolah mereka pada 18 November nanti. Semoga Allah permudahkan urusan SMAI dan menjaga hubungan baik yang telah terbina ini.



 


No comments:

Post a Comment