Wednesday 22 July 2015

BENGKEL HALATUJU PENDIDIKAN KOKURIKULUM DAN SESI BERSAMA BAHAGIAN KOKURIKULUM & KESENIAN KPM

Anjuran: Unit Kokurikulum dan Kesenian IKRAM MUSLEH,

Tarikh : 4 - 5 OGOS 2015 (Selasa dan Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (sarapan pagi 4/8/2015 disediakan)

Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur


Bengkel ini melibatkan sesi khas & sesi selari bagi Guru Besar/Pengetua dan GPK Kokurikulum. Namun terdapat juga sesi bersama bagi semua aktiviti. 

Bagi sesi khas, ia dimulakan dengan sesi Perancangan Stratergik JK Kokurikulum IKRAM MUSLEH bersama semua GPK Ko-Kurikulum/Penyelaras Kokurikulum sekolah rangkaian.

Manakala bagi sesi bersama melibatkan Taklimat Kokurikulum dan PAJSK dimulakan dengan alu-aluan daripada Ust Abdul Rahaim diikuti taklimat oleh En Mohd Rashid b Mean, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian KPM.

a) Ucapan Pengerusi JK Kokurikulum IKRAM MUSEH


b) Taklimat Kokurikulum & PAJSK



c) Antara paparan slide penyampaian





i.) Tujuan bengkel ini:

1.       Mendapatkan maklum balas pelaksanaan kokurikulum IKRAM-MUSLEH di sekolah

2.       Menjana idea dalam menentukan halatuju pendidikan kokurikulum IKRAM-Musleh

3.       Mendapatkan maklumat terkini tentang dasar dan pelaksanaan kokurikulum melalui kaedah sumbang-saran daripada pihak sekolah.

4.       Mendapatkan maklumat terkini pengurusan dan pelaksanaan PAJSK di sekolah-sekolah swasta

5.       Menjadi wadah untuk menyatu dan menyelaras kefahaman pendokong Sekolah MUSLEH melalui kaedah sumbang-saran daripada pihak sekolah dalam pendidikan arus perdana, sekolah-sekolah swasta dan pendidikan IKRAM-MUSLEH khususnya dalam pelaksanaan pendidikan kokurikulum di sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM-MUSLEH.


ii. ATURCARA PROGRAM

TARIKH / MASA
AKTIVITI
PESERTA
4hb Ogos 2015 (Selasa)
8.00 pagi - 5.00 petang

Bengkel Halatuju Pendidikan Kokurikulum
IKRAM-MUSLEH

Perkongsian Sekolah:
1) Program Silang Budaya Sekolah,
SMI Islah Sg Petani

2) Perkongsian Sekolah & Media Sosial,
SRI & SMI Itqan Pulau Pinang

3) Kebitaraan Bahasa Arab dan Memanfaatkan IT dalam pengurusan sekolah.
SRI Al-Amin Bangi

Pen. Kanan Kokurikulum
5hb Ogos 2015
(Rabu)

9.00 pagi - 1.00 petang

2.30 petang - 5.00 petang



Taklimat

Kokurikulum serta PAJSK
Oleh :
Encik Mohd Rashid bin Mean,
Penolong Pengarah Bhg.Kokurikulum & Kesenian KPM

Pembentangan Bengkel Halatuju Pendidikan Kokurikulum IKRAM-
MUSLEH

Sesi Soal Jawab dan Maklum Balas



Pengetua/Guru Besar/ Pen. Kanan Kokurikulum
5.00 petang
Bersurai




No comments:

Post a Comment