Wednesday 22 July 2015

BENGKEL HALATUJU PENDIDIKAN KOKURIKULUM DAN SESI BERSAMA BAHAGIAN KOKURIKULUM & KESENIAN KPM

Anjuran: Unit Kokurikulum dan Kesenian IKRAM MUSLEH,

Tarikh : 4 - 5 OGOS 2015 (Selasa dan Rabu)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (sarapan pagi 4/8/2015 disediakan)

Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur


Bengkel ini melibatkan sesi khas & sesi selari bagi Guru Besar/Pengetua dan GPK Kokurikulum. Namun terdapat juga sesi bersama bagi semua aktiviti. 

Bagi sesi khas, ia dimulakan dengan sesi Perancangan Stratergik JK Kokurikulum IKRAM MUSLEH bersama semua GPK Ko-Kurikulum/Penyelaras Kokurikulum sekolah rangkaian.

Manakala bagi sesi bersama melibatkan Taklimat Kokurikulum dan PAJSK dimulakan dengan alu-aluan daripada Ust Abdul Rahaim diikuti taklimat oleh En Mohd Rashid b Mean, Penolong Pengarah Bahagian Kokurikulum & Kesenian KPM.

a) Ucapan Pengerusi JK Kokurikulum IKRAM MUSEH


b) Taklimat Kokurikulum & PAJSK



c) Antara paparan slide penyampaian





i.) Tujuan bengkel ini:

1.       Mendapatkan maklum balas pelaksanaan kokurikulum IKRAM-MUSLEH di sekolah

2.       Menjana idea dalam menentukan halatuju pendidikan kokurikulum IKRAM-Musleh

3.       Mendapatkan maklumat terkini tentang dasar dan pelaksanaan kokurikulum melalui kaedah sumbang-saran daripada pihak sekolah.

4.       Mendapatkan maklumat terkini pengurusan dan pelaksanaan PAJSK di sekolah-sekolah swasta

5.       Menjadi wadah untuk menyatu dan menyelaras kefahaman pendokong Sekolah MUSLEH melalui kaedah sumbang-saran daripada pihak sekolah dalam pendidikan arus perdana, sekolah-sekolah swasta dan pendidikan IKRAM-MUSLEH khususnya dalam pelaksanaan pendidikan kokurikulum di sekolah-sekolah Rangkaian IKRAM-MUSLEH.


ii. ATURCARA PROGRAM

TARIKH / MASA
AKTIVITI
PESERTA
4hb Ogos 2015 (Selasa)
8.00 pagi - 5.00 petang

Bengkel Halatuju Pendidikan Kokurikulum
IKRAM-MUSLEH

Perkongsian Sekolah:
1) Program Silang Budaya Sekolah,
SMI Islah Sg Petani

2) Perkongsian Sekolah & Media Sosial,
SRI & SMI Itqan Pulau Pinang

3) Kebitaraan Bahasa Arab dan Memanfaatkan IT dalam pengurusan sekolah.
SRI Al-Amin Bangi

Pen. Kanan Kokurikulum
5hb Ogos 2015
(Rabu)

9.00 pagi - 1.00 petang

2.30 petang - 5.00 petang



Taklimat

Kokurikulum serta PAJSK
Oleh :
Encik Mohd Rashid bin Mean,
Penolong Pengarah Bhg.Kokurikulum & Kesenian KPM

Pembentangan Bengkel Halatuju Pendidikan Kokurikulum IKRAM-
MUSLEH

Sesi Soal Jawab dan Maklum Balas



Pengetua/Guru Besar/ Pen. Kanan Kokurikulum
5.00 petang
Bersurai




Tuesday 21 July 2015

MESYUARAT GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM MUSLEH



MESYUARAT GURU BESAR/PENGETUA SEKOLAH RANGKAIAN IKRAM MUSLEH

Anjuran:
Unit Kurikulum dan Pentaksiran IKRAM MUSLEH

Tarikh :
4 & 5 Ogos 2015 (Selasa & Rabu)

Masa :
9.00 pagi – 11.00 malam (4 Ogos 2015)
8.00 pagi – 5.00 petang (5 Ogos 2015)

Tempat :
Hotel Putra, Kuala Lumpur







Tujuan mesyuarat:
Untuk menerangkan dan berbincang sekitar beberapa isu berkaitan perlaksanaan kurikulum dan pentaksiran, kokurikulum dan kewangan.

Tuesday 14 July 2015

PEPERIKSAAN SPPIM SRI 2015

MGBSIM mengucapkan tahniah & mendoakan agar anak-anak sekolah rangkaian IM yang telah menduduki peperiksaan Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM Musleh (SPPIM) pada 6-9 Julai 2015 telah melakukan dengan terbaik dalam peperiksaan bertulis mereka.

Tidak dilupakan juga bagi para calon agar turut mengambil perhatian juga kepada amali peperiksaan ini yang bakal bermula selepas peperiksaan UPSR (8-10 September 2015) nanti di sekolah masing-masing.

Dipaparkan kemeriahan peperiksaan ini di beberapa buah sekolah:



INFAQ RAMADAN 2015

Tabung Ramadan ini telah diedarkan kepada semua sekolah rangkaian IM pada tahun ini seperti tahum-tahun lepas. Walaupun pelbagai jenis tabung yang telah sedia ada di sekolah termasuk tabung pembangunan sekolah, MGBSIM menyahut baik komitmen pentadbir dan pengurusan sekolah yang gigih memastikan kempen 1 tabung, 1 pelajar, RM 1 sehari berjaya dilaksanakan.

Tahniah.


ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK


Sekolah IKRAM-MUSLEH, Sekolah Rendah Al Hidayah (SRAH) Ipoh dan Sekolah Menengah Al Hidayah (SMAH) Ipoh masing-masing telah menerima Anugerah UPSR, PMR dan SPM Terbaik 2013 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak hari ini.
SRAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) sementara SMAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
Anugerah telah disampaikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah, turut berangkat, DYMM Raja Perempuan Perak Raja Zara Sofia di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh, Perak.
Tahniah kepada SRAH dan SMAH Ipoh! Semoga rangkaian sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH sentiasa meneruskan kecemerlangan insyaa-Allah.

 


Monday 13 July 2015

IRIS 2015: MGBSIM KOMITED MENYOKONG PROGRAM TARBIAH

MGBSIM mengajak warga sekolah rangkaian IKRAM Musleh untuk bersama mengimarah malam-malam di bulan Ramadan ini. Inisiatif Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor & Perak ini harus didokong melalui melibatkan diri hadir sebagai peserta program ini.

  

DUA PRODUK IKRAM-MUSLEH RAIH PINGAT EMAS EKSPO ANTARABANGSA

 


Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.
Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

 

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.
"Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif," tegasnya.
Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan 'assessment for learning'.
Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri - ciri tersebut.
Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.
Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

 

PENYERTAAN KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA (KINTA) 2015

MGBSIM mengucapkan tahniah kepada enam orang murid sek SRI Al-Hidayah Ipoh yang telah menyertai konvensyen ini pada tahun ini.








KARNIVAL AMAL MAHABBAH AL-ITQAN 2015

Tarikh: 12-13 Jun 2015



  


KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI TAHAP 2

Tarikh: 29 November -1 Disember 2014