Friday, 24 December 2021

Pembukaan sekolah bagi penggal 3 2021/2022 ditangguhkan seminggu



Sesi persekolahan bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu. Sekolah akan kembali dibuka pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri kumpulan B, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Katanya, KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan para guru, murid-murid serta ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

Astro Awani 

#RakyatJagaRakyat
#DaruratBanjir
#EndemikMalaysia

Sunday, 12 December 2021

Jadual SPM 2021: Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Kemaskini Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM: Disember 2021

2 Mac: BM
3 Mac: BI

7 Mac: PSI
9 Mac: Sejarah
10 Mac: Matematik Moden & PSI

14 Mac: Sains/Fizik
16 Mac: Perniagaan/ Biologi
17 Mac: PA

21 Mac: Kimia
24 Mac: Matematik Tambahan

28 Mac: BA
29 Mac: Ekonomi 




Versi PDF

Monday, 15 November 2021

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2022/ 2023 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5.

penggal 3 takwim kpm

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini, 15 November 2021.

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

 Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:

takwim 2022 kpm
takwim 2022 kpm

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 KPM

Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

Sila rujuk jadual persekolahan Penggal 3 bagi sesi 2021 / 2022 melalui Lampiran 1 dan Lampiran 2 di bawah.

penggal 3 kpm
NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

penggal 3 kpm

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM & Takwim Akademik 2022/2023

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 dan Cuti Perayaan (Takwim Cuti Sekolah) KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.

Perkara ini diumumkan dalam siaran media KPM bertarikh 15 November 2021 seperti di bawah:

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.

penggal 3
penggal 3

Sunday, 14 November 2021

Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022

 


Di sini kami kongsikan senarai cuti umum / public holidays bagi tahun 2022.

Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan aktiviti-aktiviti sekolah.

Disertakan pautan pdf untuk rujukan bersama



Friday, 5 November 2021

Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off

 Dalam Bajet 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan bagaimana membuat semakan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM.

bantuan awal persekolahan 2022

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


Kadar Bantuan

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai tahun 2022.


Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.

Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan BAP

Monday, 19 July 2021

DAURAH PSIKOLOGI POSITIF & KESEJATERAAN PSIKOSPIRITUAL GURU IKRAM MUSLEH



🧿Makluman untuk peserta:

🩸Link dibuka 15 minit sebelum progrm bermula.
🩸E-Sijil diberi untuk peserta yang dapat  ikuti 2 slot.
🩸Link pendaftaran kehadiran dibuka dlm masa 48 jam.
🩸Agenda daurah:
        8:15 link dibuka
        8:30 - 8. 45 Aluan Moderator
        8:45 - 10.30 Slot 1
       10:30 - 10.45 Rehat
       10:45 - 12.25 Slot 2
       12:25 - 12.30 Penutup
       12:30 Tamat


 

🏖️PERINTIS Innocreate School Holiday Talks⛱️


PERINTIS Innocreate  brings to you the School Holiday Talks co-organised
by:

- Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO UTM)

- IEEERAS, Malaysia

- Hidayah Innovation Center, Pusat Pendidikan Hidayah

- Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor

- Persatuan Guru STEM Malaysia

- Persatuan STEM Negeri Johor

- Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

- Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Malaysia, MPGBSIM


The detail of the event is as follows;


🖇️ Link: https://www.youtube.com/c/PERINTISONLINE


🗓️ Saturday, 24th July 2021

⏱️ 10.00am - 11.00am

🤵🏻‍♂️ List of Topics & Speakers:


1. *Into the dream adventure* 

- Dr. Amir Syahir Amir Hamzah, UPM


2. *Mama, I want to be an engineer!* 

- Dr. Umar Zakir Abdul Hamid, Control Engineer


*Moderator* 

- Dr. Zaid Omar, UTM


Don't miss this chance, come and join us!


📜E-certificates will be provided.


Initiative of,

*Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)* 

Saturday, 1 August 2020

KENYATAAN MEDIA MPGBSIM: LINDUNGI ANAK DAN KELUARGA, BERSAMA CEGAH COVID-19

 


KENYATAAN MEDIA MPGBSIM

LINDUNGI ANAK DAN KELUARGA, BERSAMA CEGAH COVID-19

Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) sangat memandang berat dan menzahirkan rasa kesal serta sedih terhadap perhimpunan orang ramai di kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu yang telah mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa. Kegagalan ribuan peserta perhimpunan mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka telah tersebar dan diberi liputan meluas dalam media sosial dan media dalam talian arus perdana.

Kekhuatiran YAB Perdana Menteri dengan kewujudan 13 kluster baru COVID-19 sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP ini, ditambah kesedihan yang diluahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berhubung apa yang terjadi jelas menunjukkan betapa getirnya ketika negara dan rakyat sedang mendepani cabaran COVID-19, masih ada lagi dalam kalangan masyarakat yang mengabaikan kawalan kendiri, malah berpotensi menularkan lagi wabak pandemik ini kepada ahli keluarga terdekat, khususnya anak-anak kecil di rumah dan yang masih bersekolah.

Tanpa menafikan hak berhimpun dan bersuara mana-mana kelompok masyarakat seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara, namun tidak sewajarnya hak tersebut dimanipulasi sehingga mampu menjejaskan ahli keluarga dan komuniti lain di kemudian hari, khususnya warga pendidik dan anak-anak murid di sekolah.

Memahami bahawa para guru kini menjadi barisan paling depan di sekolah demi memastikan anak-anak murid selamat dan terhindar daripada bahaya wabak COVID-19, seharusnya perhimpunan orang ramai yang mampu mengundang bahaya dan berisiko tinggi memudaratkan anak dan keluarga dihindari pada masa hadapan. Ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah membendung ancaman di luar jangka dalam kalangan warga sekolah. Selain itu, ia juga sebagai pengajaran bermakna kepada para peserta perhimpunan agar lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga seperti kata pepatah, “ mencegah itu lebih baik daripada merawat”.

Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM) menyeru atas semangat pengorbanan di Hari Raya Aidil Adha ini agar kita bersama berusaha dan membantu kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung dan mencegah penularan wabak pandemik COVID-19 dalam masyarakat dan di negara kita yang tercinta ini. Lindungilah keluarga dan anak-anak kita agar mereka dapat terus ke sekolah menuntut ilmu dalam keadaan sihat dan ceria bahagia demi masa depan mereka. Negara kita adalah tanggungjawab kita.

#kamijagaanakmuridkami #cegahCovid19

Isharuddin bin Ismail
Pengerusi
Majlis Pengetua Guru Besar
Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM)
1hb Ogos 2020

https://www.facebook.com/258959100785621/posts/3667135036634660/

Wednesday, 17 January 2018

Cikgu Azizan : Antara Mendidik dan Mendisiplin, Di Mana Sempadannya?




_*BICARA PERSADA KE 42*_

Tajuk : Cikgu Azizan : Antara Mendidik dan Mendisiplin, Di Mana Sempadannya?

_*Anjuran*_: Jabatan Canselori, FPen, FUU

_*Panel*_
1⃣ Dato Hj Mohamed Sabri Mohd Arsad
- Presiden Kesatuan Guru² Melayu Malaysia Barat

2⃣ En Faizal b Mohammad Arshad
- JUK Kump Penggerak Sarana (PIBG) Kebangsaan

3⃣ Dr Noorfairi Ismail
- Penyelaras CITEA, Fakulti Undang² UKM

4⃣ Prof Madya Dr Salleh Amat
- Timb Dekan Akademik UKM
- Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia 

_*Moderator*_
Dr Mohd Mahzan Awang
(Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, FPEND)
- sek pernah jemput masa team building 2015
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
*PUSINGAN 1*

💥 *Soalan :* Mohon respon isu fenomena sosial tentang tular Cikgu Azizan (CA)

💥 *Jawapan :* Panel 1⃣
- di mana ada msykt, di situ ada guru
- zmn dulu ; mindstick harapan/trust msykt didikan dr guru. Segala tindakan guru dirasionalkan dgn baik
- Kes CA : ada unsur emosi & asakan luar
- Kalau dilihat dr  aspek SOP : mmg salah cara CA.
- isu ini mbuka pekung msykt ttg masalah kronik remaja & sekolah masa kini.
- Dlm garis panduan undang² SK, tiada hukuman buang sekolah. Dgn apa cara sekali pun, pembelajaran di peringkat SK adalah wajib. Tp kesalahan pelajar ini sgt besar.
- Percaya bhw tindakan CA adalah di luar kawalan  seandainya kesabaranny dicabar & ditekan dr sekeliling

💥 *Mesej CA :* Ponder masalah msykt & sekolah

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
🔥 *Soalan :* Konflik IbuBapa-Guru. Mcmna nk damaikan 2 komuniti ni ?

🔥 *Jawapan :* Panel 2⃣
- PIBG Malaysia/Sarana Sekolah sdg aktif bergerak masuk ke sek² utk terang peranan IbuBapa, msykt di sekolah secara berstruktur
- Termaktub dlm Pelan Pembangunan Pendidikan : Pekeliling1995 - Sekolah sbg Institusi Masyarakat
- Ibubapa & msykt wajib bantu sekolah utk capai visi, misi, pendidikan
- Anjakan ke 9 : mesti ada penglibatan ibubapa dlm membantu pendidikan sekolah
- Pembelajaran sepanjang tahun : sekolah hanya cover 40% shj. Selebihnya 60% adalah di luar sekolah (yg melibatkan Ibubapa & msykt)
- Kes CA yg 'redcaught' pelajar hidu gam di kwsn sekolah, apakah salah sekolah sepenuhnya?
- Inisiatif IPK yg engaged pelbagai pihak spy aware dgn persekitaran pendidikan
- SK Desa Pandan 80% penglibatan ibubapa dpt tingkatkan pencapaian akademik sekolah & kurangkan masalah disiplin sb tahu, sedar, fhm & komit dgn tugas membantu sekolah

🔥 *Mesej :*Penglibatan Ibubapa seharusnya mengurangkan masalah & membantu pendidikan

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
💦 *Soalan :* Msykt mmg syg sekolah umumnya. Apakah hak ibubapa terhadap sekolah berdasarkan undang² ?

💦 *Jawapan :* Panel 3⃣
- Apakah guru tahu & sedar ttg 'punca kuasa' utk kenakan setiap tindakan disiplin ?
- Statitik 2017 : Malaysia ada 7772 buah SK dgn 2.3 juta pelajar, 43000 org guru. Jumlah tenaga guru yg besar utk cover pelajar.
- Apakah guru tahu 11 SPI menguruskan masalah disiplin yg melibatkan kesalahan besar? Ada prosedur khas dan kefahaman yg betul.
- Aspek Literasi (kefahaman) undang² adalah sgt tinggi di kalangan msykt. Mindstick dah ubah dr zaman dahulu.
- Kebanyakan guru² pula tidak celik dr aspek undang² & tatacara SPI td  jika kes menjadi di bawa mahkamah
- Pihak sekolah kena sedar ada aspek penting iaitu Pengurusan Risiko.
- Hak ibubapa depend on kebenaran guru besar/pengetua & pentadbir sekolah. Tindakan/pekeliking dr KPM diturunkan ke GB/pengetua then ke PKHEM

- CA ada 2 isu berbeza.
1. SK ni melibatkan kanak² yg 12 tahun ke bwh dan mereka dilindungi oleh Akta Kanak²
- Bila ada hukuman, parent boleh claim dr perspektif kanak² (bukan perspektif sekolah) bhw penderaan kanak². Kerana fizikal mereka disentuh.
- Kes CA sebenarnya berlaku pd Apr. Dan proses sebut cepat pd Nov sb menggunakan dgn akta kanak².

2. Tindakan yg diambil oleh guru adalah bukan SOP.
- tindakan disiplin boleh diambil. Rujuk 11 SPI yg dirangka.
- sepatutnya : keluar surat merah kpd ibubapa - gantung sekolah - sebatan (dgn syarat khas)

💦 *Mesej :* Sekolah perlu fahamkan guru spy celik undang² & pengurusan risiko

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
🌟 *Soalan :* Sebut disiplin shj negatif. Sebut guru disiplin shj negatif. Sebut kaunselor shj negatif. Komentar.

🌟 *Jawapan :* Panel 4⃣
- tggjwb mendisiplin adalah atas semua guru! Bukan hanya guru disiplin! Termasuk ibubapa!
- Byk cara yg sesuai utk handle pelajar bermasalah
- Guru perlu cakna & tidak tenggelam dgn emosi. Mesti handle dlm keadaan tenang & waras
- tindakan disiplin harus sesuai.
- msykt jg perlu tegur jika pelajar ada buat kesalahan di luar & maklum pd komuniti & sekolah

🌟 *Mesej :* Ilmu pengurusan pelajar bermasalah (buat guru & msykt)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

*PUSINGAN 2*

☘️ *Soalan :* Dilema guru yg byk tekanan dgn kerja memungkinkan tindakan luar kawal nya

☘️ *Jawapan :* Panel 1⃣
- Kesatuan pernah fight ke KPM ttg pengurusan pelajar
- Nisbah tetapan KPM 1guru :13 pelajar adalah kurang efektif. Kerana tugasan sisi semasa guru sgt banyak berbanding dulu dan ada sekolah yg campur darjah (sekolah yg pelajar nya sikit). Jenis pelajar jg wide range. Sgt mencabar nk urus. Tak boleh begini
- Guru ganti / baru perlu train / ruang utk dia hadam skop kerja dll. Tak boleh diberi amanah sbg guru kelas utk kelas yg bermasalah/kelas belakang (bg sekolah yg streaming pelajar)
- Buat aduan jika Guru ada masalah pengurusan pelajar. Kesatuan sedia bantu

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
🍄 *Soalan :* Sejauh mana ibubapa boleh respon spy isu yg timbul dpt diselesai dgn baik

🍄 *Jawapan :* Panel 2⃣
- ubah persepsi ibubapa yg menyerahkan 100% anak kpd sekolah. Zaman ini dah berlalu
- Ibubapa ialah pembimbing, jurulatih, sahabat, motivator & guru pd anak²
- Ibubapa wajib membantu sekolah & perlu berperanan di sekolah dlm 4 segmen pembangunan di sekolah : kademik, Sahsiah & rohani, kokurikulum, infrastuktur
- ibubapa jg perlu ada ilmu asas & update sistem pendidikan terkini
- isu : masalah ibubapa tak benarkan anak aktif KoKu, tak cakna sistem pendidikan semasa menyukar guru & anak

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
🌈 *Soalan :* Boleh ke ibubapa ambil tindakan jika sekolah tak capai KPI yg ditetapkan?

🌈 *Jawapan :* Panel 3⃣
- Kisah : Kes ibubapa saman GB yg tegur anaknya sehingga rasa merendahkan maruah anaknya (SK)
- Risiko tindakan berlaku jika : murid tak puas hati dgn hukuman, murid tak didengari suaranya, ibubapa tak fhm rules, huru tak fhm Literasi undang², guru tak puas hati dgn tindakan pkhem.
- SPI ttg kesalahan besar. Tindakan jika kali 1- rotan 1 kali, rotan 2 kali, gantung sekolah 14 hari, buang sekolah
- Apakah SOP guru dlm menentukan anak² ini bersalah? Apakah tatacara apabila terima aduan? Adakah semua tindakan direkodkan..hatta amaran lewat ke sekolah.
- Setiap tindakan yg dikenakan, sekolah wajib simpan bukti & dokumen kan agar jika kes disebut ke mahkamah, ada bukti sekolah telah ambil tindakan yg sewajarnya & mengikut SOP.
- Ibubapa boleh ambil tindakan jika tiada proof, not truth~Persepsi mengatasi fakta.

🌈 *Mesej :* Sekolah mesti ada SOP yg jelas dr segenap aspek dan tersebar pd semua guru

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
🌼 *Soalan :*Kita sibuk dgn yg 5% yg bermasalah. Yg selebihnya yg tak bermasalah cmne?

🌼 *Jawapan :* Panel 3⃣
- kita ada proses pencegahan
- jgn letakkan segala urusan masalah kpd Kaunselor.
- semua guru jg adalah kaunselor sb ada guru kelas/guru mentor.
- ada skop tugasan jelas. Tak semua pelajar di serahkan kpd kaunselor shj
- jgn cepat melatah/menghukum/tergigit kisah/sentap jika timbul isu yg viral sbegini
- cari masa efektif to touch/close dgn student spy fhm situasi mereka

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
*QnA*

1. Sharing ~ Guru lelaki dr SM Sains Hulu Terengganu. 30 tahun pengalaman dlm pendidikan
- Kisah 1 :  menunaikan haji. Diuji dgn sakit kaki yg mengganggu ibadahnya. Allah dtg kan bantuan, diselamatkan oleh ialah pelajar yg dia pernah rotan kakinya semasa di sekolah. Kini dia seorg pelajar yg hebat & menjadi individu penting dlm lajnah pelajar di IPTA seluruh negara
- Kisah 2 : berhadapan dgn ibubapa yg sgt ganas n bengis mcm singa. Hadapi dgn tenang & lembut.
- Cdgn : Bhgn Peguam dtg sekolah utk penerangan undang² & pengurusan riskiko
- Cdgn : Ibu bapa boleh adu melalui saluran PIBG jg. Duduk dan bcg dlu masalah sebelum menuduh sekolah

2. Dr Tengku Asmadi. Motivator Terkenal
- byk buat program motivasi. Byk pelanggan dr pelajar yg sgt bermasalah dgn ibubapa yg sgt bermasalah
- masalah ibu bapa : ekonomi, kurang ilmu

Cdgn
- wujudkan semula jenis matapelajaran tatanegara
- perbanyakkan aktiviti luar sekolah
- henti melabel pelajar yg bermasalah. Ia seperti doa.
- kurangkan kerja² perkeranian guru sb waktu efektif mendidik pelajar semakin hilang

3. Dr. Hafizi Rasyid di FPend, UKM
- Soalan : undang² membela, ada jg menjatuhkan manusia. Ini akan mempengaruhi tindakan guru sb ia menakutkan guru dan nilai pendidik boleh hilang

Jwpn: Panel 1⃣
- guru & ibubapa jgn harapkan yg dirancang adalah 100% dicapai.
- tugasan utama guru ialah mengajar 90 min/minggu. Ditambah byk lagi tugas sokongan, tugas sampingan jg diberi. Ini yg menarik (menghilangkan) nilai pendidik sedikit demi sedikit
- guru jg perlu ruang yg efektif utk dia bernafas utk bersama pelajar (permentoran)
- perlu ada tolak ansur antara pihak pentadbir. Kdg² kerja² tambahan yg memberi tekanan ini memungkinkan perlanggaran sop ini. Jika positif, ada yg membina anak²

4.  Norfairi
Syahida Mohd Nasir
Pelajar Sarjana UUM Pendidikan.
- Jawapan : Panel 4⃣
- Soalan 1:  akta pendidikan & akta kanak² bukan sama je ke?
- Dua akta ni adalah berbeza n tak bertindan
- Kena faham terma² undang²

- Soalan 2 : Tindakan fizikal mmg tak boleh dikenakan kpd pelajar SK?
- menyentuh kanak² akan dikenakan oleh akta kanak² sb to be claimed bhw tindakan guru tersebut akan berlaku pd pelajar yg lain
- guru² kena celik undang²