Friday 5 November 2021

Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off

 Dalam Bajet 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan bagaimana membuat semakan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM.

bantuan awal persekolahan 2022

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


Kadar Bantuan

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai tahun 2022.


Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.

Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan BAP

No comments:

Post a Comment