Friday, 24 December 2021

Pembukaan sekolah bagi penggal 3 2021/2022 ditangguhkan seminggu



Sesi persekolahan bagi penggal 3 Tahun 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu. Sekolah akan kembali dibuka pada 9 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan 10 Januari 2022 bagi negeri kumpulan B, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Katanya, KPM amat cakna dan prihatin dengan kebajikan para guru, murid-murid serta ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

Astro Awani 

#RakyatJagaRakyat
#DaruratBanjir
#EndemikMalaysia

Sunday, 12 December 2021

Jadual SPM 2021: Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Kemaskini Jadual Waktu Peperiksaan (JWP) SPM: Disember 2021

2 Mac: BM
3 Mac: BI

7 Mac: PSI
9 Mac: Sejarah
10 Mac: Matematik Moden & PSI

14 Mac: Sains/Fizik
16 Mac: Perniagaan/ Biologi
17 Mac: PA

21 Mac: Kimia
24 Mac: Matematik Tambahan

28 Mac: BA
29 Mac: Ekonomi 




Versi PDF

Monday, 15 November 2021

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2022/ 2023 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5.

penggal 3 takwim kpm

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini, 15 November 2021.

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

 Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:

takwim 2022 kpm
takwim 2022 kpm

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 KPM

Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

Sila rujuk jadual persekolahan Penggal 3 bagi sesi 2021 / 2022 melalui Lampiran 1 dan Lampiran 2 di bawah.

penggal 3 kpm
NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

penggal 3 kpm

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Sesi Persekolahan Penggal 3 KPM & Takwim Akademik 2022/2023

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3 bagi tahun 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 dan Cuti Perayaan (Takwim Cuti Sekolah) KPM

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 2 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah di Kumpulan B Sesi Persekolahan Penggal 3 2021 / 2022 akan bermula mulai 3 Januari 2022 hingga 20 Mac 2022.

Perkara ini diumumkan dalam siaran media KPM bertarikh 15 November 2021 seperti di bawah:

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM berhubung Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 serta Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.

penggal 3
penggal 3

Sunday, 14 November 2021

Senarai Cuti Umum Setiap Negeri Di Malaysia 2022

 


Di sini kami kongsikan senarai cuti umum / public holidays bagi tahun 2022.

Dengan senarai ini, mudahlah untuk anda membuat perancangan aktiviti-aktiviti sekolah.

Disertakan pautan pdf untuk rujukan bersama



Friday, 5 November 2021

Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off

 Dalam Bajet 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini. 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.

Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.

Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan bagaimana membuat semakan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM.

bantuan awal persekolahan 2022

Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.


Kadar Bantuan

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai tahun 2022.


Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Kaedah Penyaluran Bayaran

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.

Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan BAP

Monday, 19 July 2021

DAURAH PSIKOLOGI POSITIF & KESEJATERAAN PSIKOSPIRITUAL GURU IKRAM MUSLEH



🧿Makluman untuk peserta:

🩸Link dibuka 15 minit sebelum progrm bermula.
🩸E-Sijil diberi untuk peserta yang dapat  ikuti 2 slot.
🩸Link pendaftaran kehadiran dibuka dlm masa 48 jam.
🩸Agenda daurah:
        8:15 link dibuka
        8:30 - 8. 45 Aluan Moderator
        8:45 - 10.30 Slot 1
       10:30 - 10.45 Rehat
       10:45 - 12.25 Slot 2
       12:25 - 12.30 Penutup
       12:30 Tamat


 

🏖️PERINTIS Innocreate School Holiday Talks⛱️


PERINTIS Innocreate  brings to you the School Holiday Talks co-organised
by:

- Centre for Artificial Intelligence and Robotics (CAIRO UTM)

- IEEERAS, Malaysia

- Hidayah Innovation Center, Pusat Pendidikan Hidayah

- Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor

- Persatuan Guru STEM Malaysia

- Persatuan STEM Negeri Johor

- Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

- Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Malaysia, MPGBSIM


The detail of the event is as follows;


🖇️ Link: https://www.youtube.com/c/PERINTISONLINE


🗓️ Saturday, 24th July 2021

⏱️ 10.00am - 11.00am

🤵🏻‍♂️ List of Topics & Speakers:


1. *Into the dream adventure* 

- Dr. Amir Syahir Amir Hamzah, UPM


2. *Mama, I want to be an engineer!* 

- Dr. Umar Zakir Abdul Hamid, Control Engineer


*Moderator* 

- Dr. Zaid Omar, UTM


Don't miss this chance, come and join us!


📜E-certificates will be provided.


Initiative of,

*Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS)*