Monday, 1 December 2014

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TIDAK BERCANGGAH DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MALAH MEMPERKASAKANNYA

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

1 Disember 2014 bersamaan 8 Safar 1436H

Falsafah Pendidikan Islam Tidak Bercanggah Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Malah Memperkasakannya
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti pandangan yang dilontarkan oleh Wakil Wanita Umno, Senator Datin Rahimah Mohamad di Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan sekolah-sekolah persendirian, sekolah-sekolah pondok dan sekolah-sekolah agama dikaji semula kerana kononnya “…dikhuatiri melahirkan golongan pelampau dan perkauman yang bercanggahan dengan Falsafah Pendidikan Negara...”

IKRAM ingin menjelaskan bahawa Falsafah Pendidikan Islam (FPI) yang didokongi oleh penggiat Pendidikan Islam termasuk IKRAM berbunyi seperti berikut: “Pendidikan Islam adalah suatu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh, bersepadu dan berterusan”.

Ia tidak jauh berbeza, jika dibanding dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Jelas bahawa FPI menyokong dan memperkukuhkan FPK kerana hasrat FPK adalah untuk melahirkan insan yang holistik, diberikan nilai tambah oleh FPI melalui pendekatan Islam berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. FPI, yang berasaskan Islam, menolak sebarang usaha membentuk golongan pelampau dan perkauman.

IKRAM yakin pembangunan insan hendaklah berteraskan aqidah tauhid melalui sistem yang seimbang, menyeluruh, bersepadu dan berterusan. Sistem pendidikan seharusnya melahirkan insan kamil (insan yang seimbang dan harmonis). Insan kamil seharusnya cemerlang secara menyeluruh dari sudut ilmu dan kefahaman, kemahiran dan kemampuan, ketuhanan dan spiritual, akhlak dan adab.

Gejala sosial semakin parah. Umumnya masyarakat sangat bimbang dengan gejala ponteng sekolah, samseng, merokok, penyalahgunaan dadah, buang bayi dan jenayah besar yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar. Dalam menghadapi fenomena ini, rakyat perlu diasuh bukan sahaja cemerlang dalam aspek akademik semata-mata tetapi juga dari aspek jasmani dan spiritual iaitu mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.
Kedudukan dan nilai keunggulan FPK, dalam konteks pembinaan sebuah negara yang progresif dan maju, perlulah dilaksanakan secara lebih meluas iaitu merangkumi aspek kemanusiaan, fizikal dan keagamaan dan bukan setakat ia muncul sebagai subjek Moral atau Pendidikan Islam sahaja.
Oleh itu, adalah merupakan suatu kesilapan jika sistem pendidikan yang berteraskan FPI yang dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama dianggap bercanggah dengan FPK.
Akses dan ekuiti merupakan anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

IKRAM berpandangan bahawa akses dan ekuiti harus juga melibatkan sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan. Ini adalah kerana mereka juga terlibat dalam membantu kerajaan menyediakan modal insan yang seimbang dan harmonis demi pembangunan negara.

IKRAM seterusnya ingin mengesyorkan agar semua sekolah, termasuk sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah swasta yang tidak berorientasikan keuntungan dianggap sebagai sistem pelengkap (complementary) yang perlu digalakkan dan diberikan peruntukan modal per kapita dan bantuan buku teks yang adil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah-sekolah ini juga perlu diberi taraf “pengecualian cukai” di mana ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah ini dibenarkan memohon pengecualian cukai bagi yuran yang mereka bayar untuk pendidikan anak-anak mereka.
IKRAM mengalu-alukan sebarang dialog dengan mana-mana pihak mengenai sistem pendidikan Islam demi kemaslahatan bangsa, negara dan agama.

Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi
Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Tuesday, 28 October 2014

MESYUARAT MGBSIM KALI KE 2 2014

Alhamdulillah Mesyuarat MGBSIM kembali lagi kali kedua sesi 2014-2016.
Selamat bermesyuarat semua ahli-ahli MGBSIM sekalian.

Tarikh: 28-29 Oktober 2014
Tempat: Park Avenue Sg Petani



Kemaskini Maklumat Terkini Sekolah ahli MGBSIM:
Klik di sini

Senarai Semak program:
Klik di sini

Pohon kerjasama tuan/ puan isi maklumat yang di atas.

Thursday, 19 June 2014

Kursus Jurulatih Utama I Think IKRAM-MUSLEH

Kursus Jurulatih Utama I Think IKRAM-MUSLEH
20-22 Jun 2014
Hotel Putra KL

Seramai 39 peserta mengikuti kursus ini daripada sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH. Kehadiran peserta melengkapkan keperluan semua guru-guru menghadiri Kursus i-Think bagi semua guru seluruh Malaysia. Rujuk keratan akhbar berkenaan kursus i-Think seluruh Malaysia dan inisiatif KPM memperluaskan program ini .

Tahniah bagi yang telah mengikuti. Sesi selari dengan program ini ialah Kursus Pengajaran Bahasa Arab melibatkan guru-guru Bahasa Arab sekolah rendah dan menengah.

1. Penceramah Kursus
 

2. Antara peserta yang hadir:





3. Peta Pemikiran yang dibincangkan:
 

4. Blog yang berkaitan menggambarkan berkenaan Peta Pemikiran/ I-Think ini:
a) Blog Cikgu Zamrud: http://www.cikguzamrud.com/2013/10/program-ithink-di-seluruh-malaysia.html
b) Laman sesawang I-think http://www.ithink.org.my/Home/Index

VISI & MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

VISI & MISI

Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 7/2013 yag diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi:

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Wednesday, 21 May 2014

Selamat hari Guru, Selamat Hari Murabbi 2014


ANUGERAH KECEMERLANGAN SRI & SMI 2013


ANUGERAH KECEMERLANGAN SRI 2013

SPPIM-SRI Terbaik

1. Kategori bilangan calon kurang 90 orang.
SRI Hidayah Seri Iskandar
CPS 1.5

2. Kategori bilangan calon lebih 90 orang:  
SRI Islah Sungai Petani
GPS 1.7

UPSR Terbaik 

1. Kategori bilangan calon kurang 90 orang.
SRI Al-Amin Kerteh
GPS 1.48

2. Kategori bilangan calon lebih 90 orang:  
SRI Al-Amin Bangi
GPS 1.3

ANUGERAH KECEMERLANGAN SMI 2013

PMR Terbaik

1. Kategori bilangan calon kurang 50 orang.
SMI Al-Azhar
CPS 1.4

2. Kategori bilangan calon lebih 50 orang:  
SMI Al-Amin Bangi
GPS 1.57

SPM Terbaik 

1. Kategori bilangan calon kurang 50 orang.
SMI Al-Azhar Jitra
GPS 3.08

2. Kategori bilangan calon lebih 50 orang:  
SMI Hidayah Johor
GPS 2.67

SPPIM-SMI

SMI Hidayah Johor
GPS 2.3
 Gambar atas (kiri) : GB SRI Hidayah Seri Iskandar; atas (kanan) : Pengetua SMI Azhar Jitra
Gambar tengah (kiri): Pengetua SMI Islah Sg Petani; tengah (kanan) : Pengetua SMI Azhar Jitra
Gambar bawah (kiri): GB SRI AL-Amin Bangi; bawah (kanan): Pengetua SMI Hidayah Johor.



SANGGAR KERJA MGBSIM 2014

Tarikh: 5-7 Mei 2014
Tempat: UNITEN, Bangi


(Sesi Bergambar ahli-ahli MGBSIM bersama Timbalan VC Uniten,
Prof Ir Dr Kamal Nasharuddin b Mustafa )


SANGGAR KERJA MGBSIM : FASA BARU DALAM MISI MENERAJUI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM

UNITEN BANGI, 7 Mei 2014 – Pertubuhan Majlis Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang didaftarkan pada 23hb. April 1996 telah mula mengorak langkah dalam usaha menyahut cabaran ‘Menerajui Sistem Pendidikan Islam’ di Malaysia. MGBSIM mempunyai keahlian seramai 42 orang Pengetua dan Guru Besar yang mewakili 42 buah sekolah rendah dan menengah Islam yang berkonsepkan pendidikan berterask...an tauhid dan holistik. Kini, MGBSIM menaungi bilangan pelajar hampir seramai 15 ribu orang dan sekitar 1,500 orang pendidik.


Dalam sanggar kerja kali ini, MGBSIM telah berjaya menggariskan misi dan visi yang baru iaitu ; “MGBSIM Sebagai Peneraju Dalam Memperjuang Dan Memartabatkan Sistem Pendidikan Islam Bagi Membina Dan Melahirkan Insan Rabbani” dan “Menjadi Pertubuhan Pendidikan Islam Yang Unggul Dan Berpengaruh Di Malaysia Menjelang 2020”. Bagi menyahut cabaran dalam fasa baru ini, satu jawatankuasa yang baru telah berjaya dibentuk seperti berikut ;

AJK MGBSIM  SESI 2014-2016
Pengerusi:
Mohd Syahir bin Ismail (SMI Al-Azhar Jitra)
Timbalan Pengerusi:
Abdul Rashid bin Abdul Lateh (SRI Aman Wakaf Baru)
Setiausaha:
Fauziah Abd. Salam (SMI Hidayah JB)
Penolong Setiausaha:
Kamaruzzaman bin Che Ya (SRI Al-Furqan K.Kangsar)
Bendahari:
Wardah binti Saari (SRI Al-Amin KL)

Jawatan Kuasa:
1.JK Latihan dan Pembangunan: MohdHasni bin Mohamed (SMI Al-Amin Bangi)                                                                          
2.   JK Pembangunan Intelek: Aineszun Hamzah (SMI Al-Irsyad Kuantan)
Yong 
Rafidah (SRI Al-Amin Kemamaan)
3.   JK Pembangunan Sahsiah: Sabri (SRI Aman KB)
Norma 
Mohamad (SMI Al-Amin Gombak)
4.   JK Dana dan Ekonomi: Ainon binti Ismail (SMI Al-Amin Kemaman)
5.  JK Hubungan Korporat:
Md. 
Zubir bin Osman (SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau)
6.   JK Kebajikan Warga Kerja:
En Bat 
Kamaruzaman Ab d Kadir (SMI Hira’ Jeram )
7.   JK Pembangunan Institusi: Soleh bin Senafi (SMI Al-Itqan PP)
8.   JK Media dan Publisiti:
Ahmad 
Fadhli bin MohdFaudzi (SRI Al-Amin Bangi)

Hampir 19 tahun MGBSIM hanya menumpukan hal-hal operasi pendidikan dan masalah-masalah teknikal dalaman, kali ini ahli-ahli MGBSIM bertekad untuk keluar dari zon selesa dengan memperjuangkan sistem pendidikan Islam dalam konteks yang lebih luas sama ada melibatkan rakan-rakan kongsi yang lain ataupun pihak kerajaan itu sendiri. Sudah tiba masanya MGBSIM bergiat aktif dalam membela nasib pendidikan Islam dengan menempatkan diri dalam dunia pendidikan serta tidak mengecualikan diri dalam usaha memberi sumbangan untuk pembangunan dan kecemerlangan pendidikan Islam di Malaysia.

Selamat maju jaya diucapkan kepada MGBSIM dan selamat menempuh fasa baru!.
Sekian.