Tuesday, 14 July 2015

INFAQ RAMADAN 2015

Tabung Ramadan ini telah diedarkan kepada semua sekolah rangkaian IM pada tahun ini seperti tahum-tahun lepas. Walaupun pelbagai jenis tabung yang telah sedia ada di sekolah termasuk tabung pembangunan sekolah, MGBSIM menyahut baik komitmen pentadbir dan pengurusan sekolah yang gigih memastikan kempen 1 tabung, 1 pelajar, RM 1 sehari berjaya dilaksanakan.

Tahniah.


ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK


Sekolah IKRAM-MUSLEH, Sekolah Rendah Al Hidayah (SRAH) Ipoh dan Sekolah Menengah Al Hidayah (SMAH) Ipoh masing-masing telah menerima Anugerah UPSR, PMR dan SPM Terbaik 2013 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah-sekolah Agama Peringkat Negeri Perak hari ini.
SRAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) sementara SMAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
Anugerah telah disampaikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu'izuddin Shah, turut berangkat, DYMM Raja Perempuan Perak Raja Zara Sofia di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh, Perak.
Tahniah kepada SRAH dan SMAH Ipoh! Semoga rangkaian sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH sentiasa meneruskan kecemerlangan insyaa-Allah.

 


Monday, 13 July 2015

IRIS 2015: MGBSIM KOMITED MENYOKONG PROGRAM TARBIAH

MGBSIM mengajak warga sekolah rangkaian IKRAM Musleh untuk bersama mengimarah malam-malam di bulan Ramadan ini. Inisiatif Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor & Perak ini harus didokong melalui melibatkan diri hadir sebagai peserta program ini.

  

DUA PRODUK IKRAM-MUSLEH RAIH PINGAT EMAS EKSPO ANTARABANGSA

 


Shah Alam. 27 November. IKRAM-MUSLEH telah berjaya memenangi 2 pingat emas di program International Exposition On Syariah Compliant Idea, Invention, Inovation and Design (IESCIIID2014) yang diadakan pada 26 dan 27 November 2014 yang lalu.
Program ini dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Communities of Research (CORE), Research Management Institute (RMI), UiTM dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pasukan IKRAM-MUSLEH telah membentangkan 2 produk iaitu Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH yang diketuai oleh Dr Azma Mahmood dan Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh yang diketuai oleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

 

Program ini disertai oleh 143 peserta dari sekolah-sekolah, IPTS, IPTA dan industri seluruh negara. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil Naib Cancelor UiTM iaitu Prof Dr Hadariah Baharum, Penolong Naib Canselor (RMI) UiTM.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia Profesor Dr Omar Bin Yaakob, pengiktirafan peringkat antarabangsa ini membuktikan keupayaan IKRAM-MUSLEH untuk menjana inovasi di dalam sistem pendidikan Islam.
"Kejayaan ini menunjukkan produk-produk yang dibangunkan oleh tenaga pakar IKRAM-MUSLEH ini relevan dan inovatif," tegasnya.
Modul Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-MUSLEH merupakan sistem penilaian pelajar berasaskan pentaksiran holistik dan 'assessment for learning'.
Ia berupaya meningkatkan kemampuan pelajar secara keseluruhan dan berterusan sehingga mereka menghayati ciri - ciri tersebut.
Pendekatan holistik ini bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang seimbang.
Sementara itu Modul Kadet Remaja Sekolah Musleh pula adalah produk sistematik meningkatkan penghayatan sahsiah muslim dan kemampuan kepimpinan melalui badan beruniform.

 

PENYERTAAN KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA (KINTA) 2015

MGBSIM mengucapkan tahniah kepada enam orang murid sek SRI Al-Hidayah Ipoh yang telah menyertai konvensyen ini pada tahun ini.








KARNIVAL AMAL MAHABBAH AL-ITQAN 2015

Tarikh: 12-13 Jun 2015



  


KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI TAHAP 2

Tarikh: 29 November -1 Disember 2014