Wednesday 20 December 2017

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2)



Pelaksanaan  Standard Kualiti Pendidikan  Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) akan memastikan sekolah mendapat manfaat dengan menjadikan SKPM sebagai milik sekolah dan dilaksanakan untuk keperluan dan kepentingan sekolah sendiri. Guru-guru dan kakitangan sekolah boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pelaksanaan ini dengan melihat kepada bahan promosi yang dibekalkan melalui pautan ini: https://drive.google.com/drive/u/1/folders/0B9jM4N7FUcJCRjhCclhVRUg0Zm8







FAIL YANG BERKAITAN:










Sunday 23 April 2017

BENGKEL IT MGBSIM BAGI PENGURUS SEKOLAH

Tarikh: 23 April 2017
Tempat: Hotel Vistana Kuantan, Pahang

Alhamdulillah telah berlangsung Bengkel IT bagi Pengurus Sekolah sempena Lawatan & Mesyuarat MGBSIM seri ke 2 2017.









Friday 14 April 2017

LAWATAN MAHABBAH MGBSIM KE KUANTAN & MESYUARAT AGUNG MGBSIM KALI KE 22

ATURCARA

23 - 24 APRIL 2017

23 April  2017 (Ahad)

12.00 pm: Pendaftaran dan makan tengahri
1.00 pm  : Check in
2.00 pm  : PENUTUP KESUNAS / Bergambar baju T MGBSIM
6.00 pm  : Perkongsian Profesional / Bengkel IT
7.00 pm  : Bergerak ke Restoran Ana Ikan Bakar
8.00 pm  : Makan malam
(Ucapan- Wakil Irshad, Wakil Al-Amin & Pengerusi MGBSIM)
9.30pm   : Perkongsian FINLAND

24 April 2017  (Isnin)
7.00 am   :  Sarapan
8.30 am   :  Mesyuarat  Agung MGBSIM Kali ke 22
10.30 am :  Kudapan
11.00 am :  Sambungan Mesyuarat  Agung MGBSIM Kali ke 22
12.30 pm :  Makan Tengahari
2.00 pm   : Perbincangan dan update  MGBSIM
4.00 pm   : Bersurai

Saturday 4 February 2017

INSTRUMEN PEMANTAUAN PELAKSANAANINISIATIF PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA

Semua Pengetua, Guru Besar dan YDP  Sekolah-Sekolah MGBSIM dan  ibu bapa  boleh menggunakan bahan sarana sekolah  dan sarana ibu bapa untuk pemantapan dan penyebaran.

Klik URL di bawah untuk Download:
Akta dan Pekeliling
Sarana Sekolah
Sarana Ibu Bapa
Video Klip Sarana Ibu Bapa
INSTRUMEN PEMANTAUAN PELAKSANAANINISIATIF PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA

SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013-2015 KPM

Pautan Sarana Sekolah SARANA SEKOLAH
Pautan Sarana Ibubapa SARANA IBUBAPA

Garis Panduan KPM - GARIS PANDUAN
Bahan Pemantapan Sarana Sekolah - Bahan Slide PDF
Contoh kajian berkenaan keberkesanan Saranan- Kajian 1

SARANA IBU BAPA DAN SEKOLAH



 
Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya.

Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (Ekshibit 7). Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama.


Aspirasi Murid


Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai konsep “kualiti” yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi ini juga menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988.


Anjakan Utama Untuk Mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara


Anjakan 9 : Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
Mengapakah perlu? : Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam masyarakat. Di Malaysia, kira-kira satu per empat daripada masa murid yang berumur antara tujuh hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah. Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada “pembelajaran sekolah” kepada “sistem pembelajaran” dengan melibatkan ibu bapa, masyarakat, sektor swasta dan sektor sosial sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa sesetengah pelibatan yang demikian meninggalkan kesan yang signifikan. Sebagai contoh, kajian OECD tentang PISA menunjukkan bahawa sesetengah aktiviti antara ibu bapa dengan anak, seperti membaca pada setiap hari atau membincangkan kegiatan harian, dapat meningkatkan keberhasilan murid secara signifikan tanpa mengambil kira latar belakang sosioekonomi. Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah gred yang lebih tinggi dan ketakhadiran murid yang rendah.

Apakah bentuk kejayaan? : Setiap ibu bapa akan menjadi rakan yang aktif dalam proses pembelajaran anak mereka, bukan sahaja melalui aktiviti yang lazim, seperti hari sukan dan hari penyerahan kad laporan, tetapi juga menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyediakan maklum balas tentang hal ehwal pengurusan berasaskan sekolah. Di samping itu, penggunaan sarana ibu bapa juga menyokong pembelajaran murid. Sekolah juga akan mempunyai rangkaian masyarakat dan sektor swasta sebagai rakan yang mampu memberikan sumbangan kepakaran kepada kemajuan sekolah. Penglibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang menegaskan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai kepada murid di sekolah.

Hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan anda mampu mengubah sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.


Sarana Ibu Bapa.

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : 
M A L A Y S I A

Sarana Sekolah

Sarana : (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.
- Kamus Dewan Edisi Keempat

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta : 
M A L A Y S I A

Malaysia berhasrat untuk mempunyai sistem pembelajaran yang dapat meningkatkan kejayaan murid. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat – membantu murid berjaya.
Peranan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak di rumah tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan apabila ibu bapa terlibat sama, sekolah dapat manfaat berikut :

keyakinan guru meningkat
pencapaian murid meningkat
ibu bapa merasa mereka sebahagian dari sekolah dan lebih menyokong program sekolah
kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan
hubungan lebih baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa

Tujuan
Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.
Rakan Kongsi Sekolah
Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.

Mahukah anda menjadi rakan kongsi sekolah? Kecemerlangan anak-anak kita mungkin berpunca daripada anda sebagai rakan kongsi sekolah. Sila hubungi Guru Besar / Pengetua / YDP PIBG yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Wednesday 18 January 2017

MESYUARAT MGBSIM KALI KEDUA SESI 2016/18


(A)
SEKOLAH RENDAH

 BIL
GURU BESAR
SEKOLAH
1
Abdul Rashid b. Abdul Lateh
SRI Aman Wakaf  Bharu
2
Ahmad Hafiz b Mohd
Sek Tahfiz Al-Islah Seberang Perai
3
Aisyah Bt Zamani
SRI Al Amin Miri
4
Bolhassan B. Bujang
SRI Al Amin Kuching
5
Hamnah bt. Jusri
SRI Al-Amin Paya Besar
6
Kerisisiah Bt Mohd Daud
SRI Al Hidayah Ipoh
7
SRI Al Azhar Perlis
8
M. Yusuf  Omar
SRI Al-Itqan Pulau Pinang
9
Mazlina bt. Abu Bakar
Sek Ren i-Musleh
10
Mohamad Faiz b Azizan
SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan
11
Mohd Adam b. Hamdan
SRI Al-Furqan Shah Alam
12
Mohd Alwi Hj Abdullah
SRI Aman Machang
13
Mohd Amin b Zabidi
SRI Al-Furqan Kuala Kangsar
14
Munawar B Mohamad
SRI Al Amin Kuala Terengganu
15
Nazariah bt Abd Rahman
SRI Al-Amin Gombak
16
Nazilah bt. Mohamad
SRI Al-Amin Dungun
17
Noor Fazila bt. Othman
Sek. Ren. Al-Hidayah Seri Iskandar
18
Noor Latifah bt Mohd Zainuddin
SRI Al-Azhar Jitra
19
Norhayati bt. Baharom
SRI As-Saidiyyah
20
Noriah bt Jusoh
SRI Al-Amin Cheras Selatan
21
Norizan bt Baba
SRI Al-Irsyad Kuantan
22
Norshidah bt Kusnin
SRI Hidayah Batu Pahat
23
Rodiah bt. Jusoh
SRI Al-Islah Sg. Petani
24
Rohaida bt. Ridzwan
SRI Hidayah Johor
25
Rosmawati bt Abd Wahab
SRI Al-Amin Nilai
26
Rushaida bt Mohamad
SRI Aman Kota Bharu.
27
Shamsudin b Ali
SRI Al-Amin Kerteh
28
Shaziyah bt Mohd Yusof
SR Intergrasi Hira' Rawang
29
Umar Al-Mukhtar b Ismail
SRI Amal Rintis
30
Wan Norzila bt Wan Jaafar
SRI Hira’ Klang
31
Wardah bt. Saari
SRI Al-Amin Kuala Lumpur
32
Yong Rafidah bt. Salleh
SRI Al-Amin Kemaman







(B)
SEKOLAH MENENGAH

BIL
PENGETUA
SEKOLAH
1
Abdul Malik b Alias
SMI As Saidiyah Seremban
2
Ahmad Fadhli b. Mohd Faudzi
SMI Al-Amin Bangi
3
Aineszun bt. Amzah
SMI Al-Irsyad Kuantan
4
Ainon bt Ariffin
SMI Al-Islah Sg. Petani
5
Ainon bt. Ismail
SMI Al-Amin Kemaman
6
Datin Nor Azizah B Ahmad
SMI Al Itqan Pulau Pinang
7
Fauziah bt. Ab Salam
SMI Hidayah Johor
8
Isharuddin b Ismail.
SMI Hira Jeram.
9
Maimunah Bt Md Beon
SMI Arab Tahfiz P.Pinang
10
Md. Zubir b. Osman
SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau Melaka
11
Mohd Abidin B. Ali
Madrasah Tahfiz Al Furqan, S. Alam.
12
Mohd Syahir  B. Ismail
SMI Al-Azhar
13
Muhammad b. Ismail
Akademi Tahfiz Aman Kelantan
14
Samsudin b. Yusuf
SMI Aman Binjai
15
Wan Norsiah bt Wan Abdullah
SMI Usahawan Al-Amin, Ulu Klang
16
Zulkifli b. Ahmad
SMI Al-Hidayah Ipoh


MESYUARAT MGBSIM KALI KEDUA SESI 2016/18
             Tarikh               : 24 – 25  Januari 2017 (Selasa-Rabu)               
             Pendaftaran        : 8.00 – 9.00 pagi, 24 Januari 2017
             Tempat               : Hotel De Palma, Ampang
             Yuran                 : RM 150