Monday, 16 May 2016

SELAMAT HARI MURABBI 2016


 






AHLI-AHLI SEKOLAH MGBSIM SESI 2016


AHLI-AHLI SEKOLAH MGBSIM SESI 2016
(A)
SEKOLAH RENDAH

 BIL
GURU BESAR
SEKOLAH
1
Abdul Rashid b. Abdul Lateh
SRI Aman Wakaf  Bharu
2
Aisyah Bt Zamani
SRI Al Amin Miri
3
Bolhassan B. Bujang
SRI Al Amin Kuching
4
Hamnah bt. Jusri
SRI Al-Amin Paya Besar
5
Mohd Amin b Zabidi
SRI Al-Furqan Kuala Kangsar
6
Kerisisiah Bt Mohd Daud
SRI Al Hidayah Ipoh
7
Khairul Anam B.Mohd Omar
SRI Al Azhar Perlis
8
M. Yusuf  Omar
SRI Al-Itqan Pulau Pinang
9
Mazlina bt. Abu Bakar
Sek Ren i-Musleh
10
Mohd Adam b. Hamdan
SRI Al-Furqan Shah Alam
11
Mohd Alwi Hj Abdullah
SRI Aman Machang
12
Mohd Amin B. Zabidi
SRI Al Furqan Kuala Kangsar
13
Munawar B Mohamad
SRI Al Amin Kuala Terengganu
14
Nazariah bt Abd Rahman
SRI Al-Amin Gombak
15
Nazilah bt. Mohamad
SRI Al-Amin Dungun
16
Noor Fazila bt. Othman
Sek. Ren. Al-Hidayah Seri Iskandar
18
Noor Latifah bt Mohd Zainuddin
SRI Al-Azhar Jitra
19
Norhayati bt. Baharom
SRI As-Saidiyyah
20
Norizan bt Baba
SRI Al-Irsyad Kuantan
21
Norshidah bt Kusnin
SRI Hidayah Batu Pahat
22
Nur ’Afiah Abdul  Ghafar
SRI Al-Amin Cheras Selatan
23
Rodiah bt. Jusoh
SRI Al-Islah Sg. Petani
24
Rohaida bt. Ridzwan
SRI Hidayah Johor
25
Rosmawati bt Abd Wahab
SRI Al-Amin Nilai
26
Rushaida Bt Mohamad
SRI Aman Kota Bharu.
27
Shamsudin b Ali
SRI Al-Amin Kerteh
28
Siti Zubaidah bt Mohd
Sek Tahfiz Al-Islah Seberang Perai
29
Wan Norsiah bt. Wan Abdullah
SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan
30
Wan Norzila bt Wan Jaafar
SRI Hira’ Klang
31
Wardah bt. Saari
SRI Al-Amin Kuala Lumpur
32
Yong Rafidah bt. Salleh
SRI Al-Amin Kemaman



(B)
SEKOLAH MENENGAH

 BIL
PENGETUA
SEKOLAH
1
Abdul Mubin b Ab. Ghani
SMI As Saidiyah Seremban
2
Ahmad Fadhli b. Mohd Faudzi
SMI Al-Amin Bangi
3
Aineszun bt. Amzah
SMI Al-Irsyad Kuantan
4
Ainon bt Ariffin
SMI Al-Islah Sg. Petani
5
Ainon bt. Ismail
SMI Al-Amin Kemaman
6
Bat Kamaruzzaman b Abd Kadir
SMI Hira Jeram.
7
Fauziah bt. Ab Salam
SMI Hidayah JB Johor
8
Maimunah Bt Md Beon
SMI Arab Tahfiz P.Pinang
9
Md. Zubir b. Osman
SMI Al-Amin Bestari D’Merlimau Melaka
10
Mohd Abidin B. Ali
Madrasah Tahfiz Al Furqan, S. Alam.
11
Mohd Syahir  B. Ismail
SMI Al-Azhar
12
Muhammad b. Ismail
Akademi Tahfiz Aman Kelantan
13
Nor Azizah B Ahmad
SMI Al Itqan Pulau Pinang
14
Samsudin b. Yusuf
SMI Aman  Binjai
15
Zulkifli b. Ahmad
SMI Al-Hidayah Ipoh

Sunday, 15 May 2016

PERUTUSAN : SEMPENA HARI MURABBI IKRAM-MUSLEH


16hb Mei 2016
GURU PEMBINA NEGARA RAHMAH


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد ،

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya s.w.t. ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah s.w.t. dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.

Para  murabbi yang dikasihi,

Tugas mulia seorang pendidik adalah mewarisi ciri-ciri Rasulullah s.a.w. bukan setakat menyampaikan ilmu dan kemahiran, malah yang terlebih utama ialah kita perlu membina keperibadian dan akhlaq diri sebagai seorang hamba dan khalifah Allah s.w.t.

Ini adalah selaras dengan tujuan dijadikan manusia di atas muka bumi ini. Firman Allah Taala dalam surah Az-Zaariyat ayat 56, yang bermaksud, “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu.” Ar-Rasul s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.”

Tema Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2016 ialah “Guru Pembina Negara Rahmah”

Setiap insan mengimpikan sebuah negara yang penuh rahmah. Kita mengimpikan sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
 12. Menerajui usaha keamanan dan kesejahteraan sejagat

Alangkah beruntungnya sekiranya kita dapat hidup di bawah naungan sebuah negara sedemikian.

Negara berciri sedemikian bukan angan-angan semata. Ia pernah wujud pada satu ketika dahulu dan kita perlu bersama-sama berusaha untuk membangunkannya semula. Usaha mewujudkannya bermula dengan pembinaan batu-bata penggerak dan pendukung negara rahmah.

Di sinilah tugas kita sebagai pendidik dan murabbi.

Tugas kita sebagai pembina membawa maksud mengasuh, mendidik, membangun dan menyuburkan segala potensi yang ada dalam diri setiap pelajar supaya semuanya itu dimanfaatkan untuk menimba ilmu pengetahuan, kemahiran dan membina sifat-sifat yang mulia. Kesemua usaha tersebut harus disinergikan bagi tujuan menyediakan diri pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, pekerja dan ahli masyarakat yang berilmu, beriman dan berakhlaq mulia.

Apabila masyarakat sudah terbina dengan ciri-ciri masyarakat rahmah, maka ia akan memungkinkan mereka berperanan menjadi pemangkin Rahmatan lil a’lamiin, memberi kebaikan kepada seluruh makhluq di langit dan di bumi. Ini adalah selaras dengan perutusan Ar-Rasul s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Dan tidaklah kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai Rahmat kepada seluruh alam.”

Negara yang didiami oleh penduduknya yang bersifat Rabbani dan Rahmatan lil a’lamiin pasti akan membawa kemakmuran dan keamanan pada setiap zaman. Maka akan lahirlah negara yang mempunyai 12 ciri yang kita sebutkan di awal ucapan tadi.

Masyarakat yang terbina dengan ciri-ciri  negara rahmah ini sudah tentu bukan datang begitu sahaja, tetapi adalah hasil daripada terbentuk dan terbinanya individu-individu, keluarga-keluarga dan komuniti yang. Tegasnya, kemakmuran sesebuah negara bermula dengan terhasil dan terbinanya seorang individu yang mempunyai jatidiri dan keperibadian yang tinggi.

Inilah maratibul amal yang dikemukakan oleh Imam As-Syahid Hassan al-Banna sebagai asas kepada pembentukan sebuah masyarakat madani yang mencintai kedamaian dan keamanan sejagat.

Salah seorang pemimpin Jamaah Al-Ikhwanul Muslimun, Sheikh Hasan Al-Hudhoibi pernah  mengatakan, “Tegakkan Islam dalam diri kamu nescaya akan tertegak Islam di atas bumi kamu.” Membawa maksud yang mendalam bahawa pembinaan sesebuah negara itu bermula dengan diri individu yang terbina sifat-sifat peribadi yang mulia dan unggul.

Justru, para pendidik harus ditarbiah dengan sifat-sifat mahmudah agar sentiasa menjadi qudwah hasanah kepada para pelajar. Mereka harus bersedia untuk dilatih dalam rangka untuk membentuk pemikiran dan akhlaq yang mantap sebagai bekalan sepanjang kerjaya mereka sebagai seorang pendidik dan murabbi. Apabila mereka sudah terbentuk dengan ciri-ciri Rabbani dalam diri mereka, maka akan mengalirlah ke dalam jiwa para pelajar sifat-sifat yang mulia itu. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa, “Jernih air di hulu, jernihlah air di hilir” atau dalam perkataan yang lain, “Mana mungkin air jernih di hilir jika sudah keruh di hulunya.”

Para murabbi yang mulia,

Kecekalan anda dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini akan hilang penatnya apabila anda sudah melihat hasilnya di kemudian hari. Membawa maksud bahawa anda harus tabah dan sabar di dalam mendepani cabaran menjadi seorang pendidik dan murabbi di abad ini. Bak kata pepatah, “Seni seorang guru terletak pada sabarnya”. Di atas sifat kesabaran inilah maka akan terbuka pintu hikmah yang luas. Sebaliknya jika anda cuai dalam melaksanakan amanah, maka akan rosaklah neraca pertimbangan nilai dan kehidupan seorang murid. Sasterawan negara, Allahyarham Osman Awang atau lebih dikenali dengan nama penanya, Tongkat Waran, pernah menukilkan pesanan, “Cuai seorang doktor, hilang satu nyawa tapi cuai seorang guru, rosak satu generasi.”

Sekolah adalah tempat membentuk dan menanamkan sifat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ahli masyarakat yang berbagai kaum. Justru, para pendidik harus mendidik anak murid untuk menghormati budaya hidup dan pegangan agama pelbagai kaum. Dengan sifat tolak ansur dan saling hormat-menghormati, maka perpaduan kaum akan wujud dan para pelajar dapat mempelajari bagaimana mereka harus hidup bersama kaum-kaum yang lain di negara ini. Justru, inisiatif yang telah diambil oleh beberapa buah sekolah rangkaian IKRAM Musleh dalam menjayakan aktiviti silang budaya antara kaum adalah satu usaha yang membanggakan dan harus menjadi ikutan.

Pendidik yang soleh adalah mereka yang bersedia untuk berubah dan membuat perubahan serta anjakan paradigma dalam mendidik para pelajar yang kini hidup dalam suasana yang penuh cabaran dan pancaroba. Persediaan pendidik dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Abad ke-21 adalah sesuatu yang sangat kritikal. Justru, para pendidik harus bersedia untuk belajar dan belajar demi mempertingkatkan kewibawaan dan ketrampilan diri sebagai seorang “Guru Pembina Negara Rahmah”

IKRAM Musleh sentiasa komited memberi sokongan dan dokongan kepada para pendidik dan murabbi di SRI-SMI melalui beberapa inisiatif seperti menganjurkan pendedahan pengalaman, kursus-kursus dan latihan profesionalisme perguruan dalam pelbagai jenis dan kategori; memastikan pencapaian 5 bintang dalam SKIPS, memantapkan Good Governance dan Best Practices;  dan memantapkan pelaksanaan manhaj tarbiah di SRI-SMI.

Moga-moga Allah swt memberkati sambutan Hari Murabbi tahun ini. Moga-moga hasrat dan impian kita untuk melahirkan generasi rabani, generasi yang akan memimpin ummah bagi membina negara rahmah akan tercapai.

Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2016.



“Guru Pembina Negara Rahmah”

Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

PERINGATAN MENGHANTAR TUGASAN COACHING GB / PENGETUA

Assalamualaikum GB/Pengetua 
SRI SMI Rangkaian IKRAM Musleh yang dihormati,

Peringatan untuk semua GB/Pengetua Sekolah untuk menghantar tugasan coaching.
1. Perancangan pelaksanaan tugasan (Due date: 1/4/2016)
2. Laporan tugasan (Due date 31/7/2016)

ADMIN UNIT KURIKULUM
PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH BERHAD

9-2, Jalan Dagang SB 4/1,
Taman Sg. Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
03-89442448 (Telefon)
03-89441448 (Faksimili)

Monday, 9 May 2016

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN SKIPS SEKOLAH TAHUN 2015



A) KATEGORI SEKOLAH RENDAH AGAMA


B) SEKOLAH MENENGAH AGAMA


C) PENCAPAIAN MENGIKUT KATEGORI